Kemarin aku g jitra mall nk tgok sekuel adnan sempit.hehe. g datink ler. lama x jmpa. yg kol 12.15 da pnoh. tggal seat depan jer. xkan nk melangut tgok citer. so mik tiket yg kol 1.00. meronda la kami dalam Jitramall tu sampai kol 2. citer tu mmg terbaek dengan lawak selamber. aku bg 5 bintang ntok citer ni sbb mmg pecah perot la kalo g tengok. ni sinopsis dia...
"Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
Sebelom Adnan(Sam) bole kahwin ngn Nadia(Intan Ladyana). Dia kena transform diri dia jd cam ahli korperat. tp Adnan engat dia kena jd transformer. pastu dia asyik salah ckap korperat jadi koperasi. memang lawak la. part yg bes waktu si Adnan tgh kejar si Bobby(Along Cham) yg tgh race ngn awek mna ntah. Adnan cakap "sampai ke lubang cacing aku kejar kau". mmg dia kejar sunggoh. dari tgh race kat jalan raya sampai pasar tani. siap turun tangga ngan moto. pastu sambung ke mall(x engat nama mall tu) siap nek escalor ngn moto. kejar mengejar lam tingkat 2. tetiba bobby hilang. rupanya dia ada lam lif nk trun bwah. kejar jugak si Adnan. then sambung kejar sampai pagi sampai mengantok hinggakan si Bobby x sedar ada roadblock kat depan sampai terlanggar truck polis masok teros dalam truck tu.mmg pecah panggong la penonton ketawa. 1 part lagi waktu Ismat(Angah) yang cuba hentikan keta dia dari turun bukit sendirinya. dengan rilek jer dia lompat atas keta tu. aku citer smpai sni jer. penat da nk ngarang. nk taw yang laen g la tgok sendri. berbaloi2.x rugi....
Lepas tu balik lepak kat kola perlis. Lapar. Singgah beli makanan kat tepi jalan. apa ntah org pggil. aku taw makan jer. sume RM7 kata makcik tu. aku kira balik 1+1+1.50+1.50 baru RM5.00. tambah ngn teh 0 ais bungkus. Makcik sorg lagi ckap RM6.50. aku nek heran lagi. tanya la makcik tu bapa harga teh 0 ais ni. RM1.50 katanya. mahal gler. da la xrasa manis skit pon.mmg kelaq leher la makcik tu. paling mahal aku beli pon RM1.20. tu pon kat pekan Alor Star. ni kat tepi pantai jer pon. sewa pon xkena byar. agak2 nk cekik darah. memang suwei. sampai bla pon aku x g beli kat gerai tu dah.